Qilin

Qilin (Bahasa Cina: 麒麟 atau 騏驎pinyin: qílínWade-Giles: ch'i-lin) ialah seekor makhluk mitos bertelapuk yang sangat dikenali dalam kebudayaan Asia Timur. Adalah dipercayai bahawa kemunculannya adalah petanda datangnya seorang pendeta atau pemerintah yang mulia. Ia merupakan petanda bertuah yang mendatangkan rui (Bahasa Cina: pinyin: ruì; lebih kurang bermaksud "ketenangan" atau "kemakmuran"). Ia selalu dilukis dengan corak seakan api di seluruh badannya.