Pendeta

Pandita ialah suatu istilah bahasa Sanskrit (पण्डित paṇḍita diakar perkataan पण्ड् paṇḍ "menghimpun, mengumpul") di mana ia pada asalnya merujuk kepada sebarang "orang terpelajar, terdidik atau bijaksana" atau "terlatih; berpengalaman" berilmu khusus. Namun, ia menjadi khusus kepada suatu ilmuwan Brahmin atau agama Hinduisme umumnya yang mahir dalam pembacaan kitab-kitab Veda, perkara dharma, falsafah Hinduisme ataupun juga perkara luar agama seperti muzik.