Pusingan Akhir Liga Europa UEFA 2014
| Peristiwa | Liga Europa UEFA 2013–14 | ||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|
| |||||||
| selepas masa tambahan Sevilla menang 4–2 dalam sepakan penalti | |||||||
| Tarikh | 14 Mei 2014 | ||||||
| Tempat | Stadium Juventus, Turin | ||||||
| Permain terbaik | Ivan Rakitić (Sevilla) | ||||||
| Pengadil | Felix Brych (Jerman) | ||||||
| Kehadiran | 33,120 | ||||||
| Cuaca | Cerah 16 °C (61 °F) 40% kelembapan | ||||||
← 2013 2015 → | |||||||
Pusingan Akhir Liga Europa UEFA 2014 merupakan perlawanan terakhir bagi Liga Europa UEFA 2013-14, yang merupakan musim ke-43 bagi penyelenggaraan pertandingan peringkat kedua antara kelab bola sepak di Eropah yang diadakan oleh UEFA, dan yang merupakan musim ke-5 setelah perubahan nama dari Piala UEFA menjadi Liga Europa UEFA. Pertandingan diadakan pada 14 Mei 2014 bertempat di Stadium Juventus, Turin, Itali, antara wakil Sepanyol Sevilla dan wakil Portugal Benfica. Sevilla memenangi perlawanan itu menerusi sepakan penalti 4-2 selepas seri 0-0 selepas masa tambahan.
Sebagai pemenang pertandingan, Sevilla akan menentang pemenang Liga Juara-Juara UEFA 2013–14 sama Real Madrid pada Piala Super UEFA 2014.