Piala Super UEFA 2014

Piala Super UEFA 2014
(2014 UEFA Super Cup)
Tarikh12 Ogos 2014
TempatStadium Bandaraya Cardiff, Cardiff
Permain terbaikCristiano Ronaldo
(Real Madrid)
PengadilMark Clattenburg (England)
Kehadiran30,854
CuacaMalam mendunng
20 °C (68 °F)
Kelembapan 75%
2015

Piala Super UEFA 2014 (Inggeris: 2014 UEFA Super Cup 2014) merupakan edisi ke-39 Piala Super UEFA, perlawanan bola sepak tahunan yang dianjurkan oleh UEFA dan ditandingi oleh juara bertahan kedua-dua pertandingan kelab Eropah utama iaitu Liga Juara-Juara UEFA dan Liga Europa UEFA. Perlawanan itu menampilkan dua pasukan Sepanyol, Real Madrid, juara Liga Juara-Juara UEFA 2013–14 dan Sevilla, juara Liga Europa UEFA 2013-14. Perlawanan berlangsung di Stadium Bandaraya Cardiff, Cardiff, Wales, United Kingdom pada 12 Ogos 2014. Tarikh itu berpindah dari Jumaat pada akhir bulan Ogos pada tahun-tahun sebelumnya, hingga pertengahan Ogos mulai tahun ini, berikutan penyingkiran tarikh untuk perlawanan antarabangsa FIFA.

Real Madrid menang 2-0 untuk memenangi Piala Super UEFA kali ke-2, dengan kedua-dua gol oleh Cristiano Ronaldo.