Lubuk pusar

Lubuk pusar, air pusar atau pusaran air ialah sejenis jasad air yang berpusar, lazimnya terhasil oleh pasang surut lautan. Kebanyakan besar lubuk pusar tidak begitu kuat; yang teramat kuat pula bergelar maelstrom. Vorteks ialah istilah yang tepat untuk sebarang lubuk pasar yang beralir turun. Lubuk pusar yang amat kecil mudah diamati pada takung mandi atau singki yang sedang mengalirkan air, tetapi ini terhasil dengan cara yang amat berbeza dengan lubuk pusar semula jadi. Lubuk pasar yang kecil juga terdapat di kebanyakan tapak air terjun dan jeram. Bagi air terjun besar seperti Niagara Falls, lubuk pusarnya mungkin agak kuat. Lubuk pusar yang paling kuat terhasil dalam selat yang sempit dan cetek dengan air yang mengalir deras.