Jeram (hidrologi)

Jeram (Jawi: جرم; juga dikenali sebagai cegar, chegar, giam, lata, riam, olak dan wong) ialah bahagian daripada sungai yang memiliki arus sungai yang deras, sama seperti air terjun, tetapi yang membezakanya ialah kedalamannya, di mana jeram lebih cetek atau rendah berbanding dengan air terjun. Jeram merupakan salah-satu ciri hidrologi antara arus (bahagian aliran sungai yang lancar) dan air terjun. Jeram dicirikan oleh sungai menjadikan ia lebih cetek atau rendah dengan beberapa batu-batuan sungai yang besar-besar dan sentiasa terdedah dengan air sungai.

Sehingga kini, terdapat 584 buah jeram yang direkodkan serata Malaysia, di pangkalan data GeoNames.