Purgatorium

Purgatorium ([pur.ga.to.ri.um]) atau Penyuci menurut kepercayaan sesetengah mazhab agama Kristian ialah suatu keadaan perantara selepas kematian fizikal untuk membersihkan atau menebus segala dosa yang pernah dilakukan di alam fana; ada yang menerimanya terus seperti mazhab Katolik manakala ada juga yang menidakkan kewujudannya seperti sesetengah mazhab Barat, khususnya dalam Protestantisme. Beberapa konsep Gehenna dalam Judaisme turut dilihat serupa dengan konsep "perumah sementara" ini.

Gereja England yang menempatkan Golongan Anglikan, secara rasminya menidakkan kewujudan ini kerana ia dilihat sebagai "Doktrin dari Roma", namun mazhab-mazhab gereja Ortodoks Timur, Ortodoks Oriental, Methodist, dan sebahagian puak Anglikan dan Lutheran pula ada berpendapat bahawa adanya penyucian dosa selepas kematian serta pendoaan agar si mati aman bersemadi. Gereja-gereja Baharu turut mengajarkan bahawa mereka yang berlepas dihantar dari dosa mereka melalui proses pemuliaan.