Pujaan 10 Nescafe
Pujaan 10 Nescafe adalah sebuah pertandingan nyanyian lagu-lagu popular Malaysia di bawah terbitan Radio RTM. Rancangan ini disiarkan secara tahunan dari tahun 1992 hingga 1996 menyaksikan lagu-lagu popular daripada Carta Pujaan 10 RTM dipilih secara saringan bulanan/suku tahunan untuk membuat persembahan secara langsung dalam konsert akhir tahun. Ia ditaja sepenuhnya oleh Nescafe.