Ptolemaios
Ptolemaios Πτολεμαῖος Ptolemaeus Ptolemy | |
|---|---|
Imaganisi artis akan wajah Claudius Ptolemaeus. | |
| Kelahiran | sekitar AD 90 Mesir Romawi |
| Meninggal dunia | sekitar AD 168 |
| Pekerjaan | Ahli matematik, geografi, astronomi, kaji bintang |
Klaudios Ptolemaios atau ringkasnya Ptolemaios (kk. 90 M – pertengahan abad pertama Masihi) adalah seorang ahli bidang-bidang geografi, astronomi dan astrologi berbangsa Yunani yang pernah duduk di Iskandariah, provinsi Aegyptus dalam empayar Rom.
Beliau ialah penulis banyak karya sains, tiga daripadanya amat mustahak kepada sains-sains dunia Islam dan Barat iaitu:
- karya astronomi Mathematike Syntaxis (Sila lihat: Sistem Ptolemaios.)
- Geōgraphikḕ Hyphḗgēsis yang merupakan perbincangan pengetahuan geografi mengenai dunia Yunani-Romawi.
- karya astrologi yang dikenali sebagai Tetrabiblos ("Empat buku") dan yang mana beliau cuba menyesuaikan astrologi horoskop kepada falsafah semula jadi Aristoteles.