Psilopogon
| Psilopogon | |
|---|---|
| Psilopogon pyrolophus | |
| Pengelasan saintifik | |
| Domain: | Eukaryota |
| Alam: | Haiwan |
| Filum: | Chordata |
| Kelas: | Aves |
| Order: | Piciformes |
| Keluarga: | Megalaimidae |
| Genus: | Psilopogon Müller, S., 1836 |
| Spesies jenis | |
| Psilopogon pyrolophus Müller, S.
| |
| Sinonim | |
|
Megalaima G. R. Gray, 1842 | |
Psilopogon ialah genus takur dalam keluarga Megalaimidae yang dahulunya merangkumi hanya satu spesies, takur api (P. pyrolophus). Keputusan pencerakinan filogenetik molekul menunjukkan bahawa genusnya bersarang dalam cabang evolusi yang terdiri daripada takur yang dahulunya disusunkan dalam genus Megalaima yang diusulkan oleh George Robert Gray pada tahun 1841. Oleh kerana Psilopogon telah diusulkan oleh Salomon Müller pada tahun 1835, nama tersebut diutamakan.
Nama Psilopogon menggabungkan psilos dari bahasa Yunani Purba yang bermaksud "terdedah" dan pōgōn yang bermaksud "janggut".