Proton Inspira

Proton Inspira
Maklumat
PengilangPerusahaan Otomobil Nasional
Syarikat indukProton Holdings Berhad
Pengeluaran2010-Jun 2015
PemasanganShah Alam, Selangor, Malaysia
PendahuluProton Waja
Kelaspredecesor
Gaya badansedan 4 pintu
PelantarPelantar Mitsubishi GS
Enjin4B10 1.8 L DOHC I4
4B11 2.0 L DOHC I4
Jarak rodaspume de polireteno poliesters Puth
BerkaitMitsubishi Lancer

Proton Inspira, sebelum ini dikenali sebagai Proton Sedan Baru, atau nama kodnya P390A, adalah model sedan baru untuk menggantikan Proton Waja yang dikeluarkan oleh Proton berasaskan Mitsubishi Lancer GT. Ia adalah sebahagian daripada perjanjian pemindahan teknologi antara Proton dan Mitsubishi.

Tiga varian bakal dikeluarkan di kilang Proton iaitu 2.0 liter CVT dengan kawalan paddle shift yang mengawal enam kelajuan maya, 1.8 liter CVT dan 1.8 liter manual. Harga jualan bermula dari RM78,600 bagi model 1.8 liter manual sehinggalah RM92,910 bagi model 2.0 liter CVT. Model pertengahan juga adalah model 1.8 CVT.