Mitsubishi Lancer

Mitsubishi Lancer
Maklumat
PengilangMitsubishi Motors
Pengeluaran1973–sekarang
PemasanganKilang Mizushima, Okazaki, Aichi, Jepun
PendahuluMitsubishi Mirage (Bagi Amerika Utara)
KelasSub-kompak (1973–1999)
Kompak (2000–present)

Mitsubishi Lancer adalah model kereta kompak yang dikeluarkan oleh Mitsubishi Motors. Ia juga dikenali dengan pelbagai nama lain seperti Colts Lancer, Dodge/Plymouth Colt, Chrysler Valiant Lancer, Chrysler Lancer, Eagle Summit, Hindustan Lancer, Soueast Lioncel, Mitsubishi Carisma, dan Mitsubishi Mirage di pelbagai negara lain pada waktu tertentu, dan generasi terbaru Lancer akan dikenali sebagai Galant Fortis di Jepun mulai tahun 2007. Sejak model Lancer mula dikeluarkan pada tahun 1973, lebih enam juta unit Lancer dijual di seluruh dunia.

Dua model kereta terawal keluaran syarikat automotif Malaysia, Proton iaitu Proton Saga dan Proton Wira direka berasaskan model Mitsubishi Lancer.