Proses Ostwald

Proses Ostwald ialah suatu proses kimia untuk menghasilkan asid nitrik, HNO3. Proses ini dibangunkan oleh Wilhelm Ostwald lalu dipatenkan pada 1902. Proses ini ialah proses utama dalam industri kimia selaku pemberi bahan mentah bagi penghasilan baja paling utama. Dalam aspek praktikal dan sejarah, proses Ostwald berkait rapat dengan proses Haber yang melibatkan penghasilan ammonia, NH3.