Proses Haber
Proses Haber atau Proses Haber–Bosch ialah sejenis proses pengikatan nitrogen buatan yang merupakan kaedah industri utama untuk pengeluaran ammonia hari ini. Proses ini dinamakan sempena para penciptanya Fritz Haber dan Carl Bosch iaitu ahli kimia Jerman yang membangunkan proses ini pada pertengahan pertama abad ke-20. Ia menukarkan nitrogen atmosfera (N2) menjadi ammonia (NH3) melalui tindak balas dengan hidrogen (H2) berpemangkin logam di bawah suhu dan tekanan tinggi:
- N2 + 3 H2 → 2 NH3 (ΔH°
Sebelum prosesnini dapat dibangunkan, ammonia begitu sukar untuk dihasilkan pada skala industri, di mana kaedah yang terdahulu seperti proses Birkeland–Eyde dan proses Frank–Caro memberikan hasil yang sangat tidak efisien.