Projek IC

Projek IC merujuk kepada dakwaan 'projek rahsia' untuk mengubah demografi negeri Sabah dan mencemari daftar pemilih dalam sistem pilihan raya Malaysia. Projek IC dilaporkan sebagai operasi bersepadu tetapi terselindung pada tahun 1980-an dan 1990-an untuk memberi kad pengenalan MyKad kepada rakyat asing, yang didakwa sebagai usaha untuk mengubah demografi Sabah yang menguntungkan UMNO.