Project 23000E

Sebuha model kapal pengangkut pesawat Project 23000E semasa di forum teknikal-ketenteraan «ARMY-2015».
Ringkasan kelas
Nama: Kelas Shtorm
Pengguna:  Tentera Laut Rusia (dirancang)
Didahului oleh:
Kos: ~$5.5 billion (untuk versi eksport)
Ciri-ciri umum
Jenis: Kapal pengangkut pesawat
Sesaran: 90,000–100,000 tan
Panjang: 330.1 m (1,083 ka)
Lunas: 40 m (131 ka) (garis air)
Draught: 11 m (36 ka)
Installed power: Reaktor nuklear RITM-200 atau RITM-400
Jana kuasa: 4 × bebaling
Halaju: 25–30 kn (46–56 km/j; 29–35 mph)
Sistem penderia dan
pemprosesan:
  • Penderia disepadukan, termasuk:
    • Radar jujukan fasa fungsi pelbagai
    • Sistem peperangan elektronik
    • Sut komunikasi
Persenjataan: 4 x sistem anti pesawat (tidak dinyatakan) kemungkinan sistem peluru berpandu S-400
Pesawat yang dibawa:
Kemudahan penerbangan:
  • Dek penerbangan bersudut,
  • dengan empat kedudukan pelancaran (2 x lompatan ski dan 2 x manjanik elektromagnetik)
  • Satu set giar penangkap kabel.
Nota: Rekabentuk dengan dua "pulau"

Project 23000E atau Shtorm adalah satu cadangan kapal pengangkut pesawat super yang direka oleh Krylov State Research Center untuk Tentera Laut Rusia. Kos bagi seunit versi eksport melebihi AS$5.5 bilion, dan setakat tahun 2017, pembangunannya dijangka akan mengambil masa selama 10 tahun. Setakat tahun 2020, projek masih menunggu kelulusan dan berdasarkan kos kewangan, tidak jelas sama ada projek ini menjadi satu keutamaan berbanding elemen-elemen lain dalam pemodenan Tentera Laut Rusia.