Pretty Ugly
Pretty Ugly | |
|---|---|
| Asal | Malaysia |
| Genre | Psychedelic rock Rock moden |
| Tahun aktif | 1997 |
| sunting ยท sunting di Wikidata | |
Pretty Ugly ialah sebuah kugiran psychedelic rock yang berasal dari Malaysia. Kugiran ini dianggotai oleh Neves (penyanyi), Net (pemain dram), J (pemain gitar) dan Ashraf (pemain gitar bass).
Kugiran ini ditubuhkan pada tahun 1997 dengan nama Seven namun apabila mereka menandatangani kontrak dengan KRU Records, namanya ditukar kepada Pretty Ugly disebabkan pada ketika itu Sheila On 7 dari Indonesia sedang popular. Rasionalnya adalah untuk mengelakkan kugiran dituduh menumpang kemashyuran Sheila On 7.
Terdahulu, kugiran ini adalah dua kugiran yang bergabung menjadi satu dan aktif memperjuangkan muzik underground.
Neves asalnya bekerja di studio Channel 11 yang juga tempat dimana para artis-artis ternama tanah air sering merakamkan album. Dia bekerja di studio itu mengikuti saranan pakciknya, Sugito yang aktif sebagai pemuzik undangan dalam kugiran era 80an. Pakciknya juga seorang pemain dram terlibat dalam pembikinan album solo Rahmat Ekamatra.
Neves asalnya berhasrat untuk menyambung pengajian dalam bidang kejuruteraan bunyi di Ocean Institute. Tetapi disebabkan yuran pengajian yang mahal, dia menangguhkan hasrat itu dan di studio itu juga dia mula berkenalan dengan kumpulan KRU yang sewaktu itu merakamkan album..
Pada tahun 2000, dia pun menyertai KRU music group dengan bertindak di department muzik dibawah Edry Abd Halim. Neves terlebih dahulu bertugas sebagai produser,sound engineer/technician sebelum diberikan kontrak artis rakaman bersama Pretty Ugly.
Nama 'Neves' digunakan oleh Raizan apabila kumpulan Seven bertukar nama kepada Pretty Ugly. Kata nama 'Neves' itu jika diterbalikkan adalah daripada perkataan 'Seven' untuk mengekalkan nama asal kumpulan itu. Nama asal adalah Pretty Ugly Merry tetapi diringkaskan kepada Pretty Ugly. Bukan disebabkan melonjaknya telenovela 'Yo Soy Betty La Fea' yang ditayangkan di NTV7 pada tahun 2002. Kemudian diadaptasi untuk pasaran US menjadi siri tv 'Ugly Betty' lakonan America Ferrera.
Lagu Encik Ronald Moore memperkenalkan kumpulan ini kepada industri muzik. Neves terlebih dahulu mencipta melodinya sebelum membuat lirik lagu. Edry pada ketika itu terpegun dengan idea Neves dan mahu dia menyiapkan lagu itu. Neves ketika itu tiada idea tentang lirik, terbaca laporan kematian Ronald Moore di Berita Harian dan mengambil isi berita itu untuk dijadikan lirik lagu.
Untuk mempromosi lagu itu, mereka mengirim pesanan faksimilie kepada syarikat akhbar dan majalah. Pesanan faks itu menyatakan jumpa En Ronald Moore di Burger King. Apabila para wartawan hiburan dan pengamal media sampai di Burger King mereka terkejut dan hairan, apabila diberitahu itu semua gimik oleh Edry untuk memperkenalkan artis baru di bawah naungan mereka iaitu Pretty Ugly yang tampil dengan single En. Ronald Moore. Lagu itu mendaki carta radio swasta, malangnya kemudian di gam atas dasar garis panduan yang ditetapkan oleh RTM/Kementerian Penerangan kerana ada memetik elemen negatif seperti alkohol/arak yakni "meminum vodka" didalam bait lagu tersebut.