Preskriptivisme bahasa

Preskriptivisme bahasa (linguistic prescriptivism) adalah usaha atau langkah menetapkan peraturan yang menentukan penggunaan bahasa yang dianggap betul atau diterima oleh pihak penentu mencakupi aspek seperti ejaan, sebutan, kosa kata, sintaksis, dan maksud disampaikan; ia turut melibatkan penggunaan bahasa yang dianggap bersopan dan halus masyarakat disasarkan. Kefahaman ini kadangkalanya didorong oleh langkah mengolah sesebuah bahasa kepada suatu jenis yang murni tanpa sebarang "cela" yang dianggap tidak betul, tidak konsisten mahupun bernilai estetika rendah. Kefahaman ini bertentangan dengan pendekatan deskriptivis kaji bahasa secara akademik yang mengamati dan mencatat bagaimana bahasa digunakan sebenar-benarnya tanpa sebarang campur tangan mahupun anggap nilai (judgement) terhadap bahan kajian yang sedia ada.