Presiden Chile

Presiden
Republik Chile
Presidente de la República de Chile
Penyandang
Sebastián Piñera
sejak 11 Mac 2022
JenisKetua negara
Ketua kerajaan
GelaranYang Berhormat
Anggota bagiCabinet of Chile (en)
Bidang kuasaChile
KediamanTiada
PusatLa Moneda Palace
Dilantik olehUndi popular
Tempoh jawatanEmpat tahun, tidak layak untuk dipilih semula serta-merta
Penjawat sulungManuel Blanco Encalada
Dibentuk9 Jun 1826 (1826-06-09)
GajiUS$190,466 setiap tahun
SenaraiList of presidents of Chile (en)
Tapak webwww.gob.cl
sunting · sunting di Wikidata

Presiden Republik Chile (Sepanyol: Presidente de la República de Chile) ialah ketua negara dan ketua pemerintah Republik Chile. Presiden bertanggungjawab terhadap pentadbiran kerajaan dan negara. Walaupun peranan dan kepentingan jawatan presiden berubah dalam sejarah Chile, dan juga kedudukan dan perhubungan jawatan tersebut dengan jawatan-jawatan lain dalam politik Chile, Presiden Chile masih merupakan seorang yang penting dalam kancah politik Chile. Presiden dianggap satu daripada institusi yang membentuk "Perlembagaan Bersejarah Chile", dan diperlukan buat kestabilan politik negara itu.

Di bawah Perlembagaan kini (diguna pakai dalam tahun 1980), Presiden dilantik untuk tempoh selama empat tahun, dan ditegah daripada diundi semula selepas tamat tempoh perkhidmatannya. Tempoh yang lebih pendek ini (sebelumnya tempoh adalah selama enam tahun) membolehkan penyeragaman pengundian parlimen dan presiden.

Kediaman rasmi Presiden Chile ialah Istana La Moneda di ibu kota negara itu, Santiago.