Bendera Chile (Sepanyol: Bandera de Chile, juga diberi jolokan La Estrella Solitaria "Bintang Tunggal") terdiri daripada dua jalur putih dan merah sama lebar dengan kanton, segi empat tepat biru berkandungkan bintang pecah lima putih. Ia mula digunakan secara rasmi pada 18 Oktober 1817.