Prangin Mall
| Lokasi | George Town, Pulau Pinang, Malaysia |
|---|---|
| Koordinat | 5°24′53″N 100°19′53″E / 5.4148°N 100.3314°E |
| Tarikh pembukaan | 2001 |
| Bil. gedung dan perkhidmatan | 150 |
| Bil. tingkat | 6 |
| Laman web | www |
Prangin Mall ialah sebuah pusat beli-belah yang terletak di George Town, dalam negeri Pulau Pinang, Malaysia. Ia terletak di Jalan Prangin dalam kawasan Daerah Perniagaan Pusat (CBD) bandar raya itu, bersebelahan dengan Menara Komtar, dan dihubungkan dengan Komtar serta 1st Avenue Mall yang berdekatan melalui jejantas udara.
Pusat beli-belah ini dibuka kepada orang ramai pada tahun 2001 sebagai Fasa 3 projek Komtar. Prangin Mall kini bersaing dengan pusat beli-belah yang lebih baharu, 1st Avenue Mall, dan pada masa ini, Prangin Mall lebih tertumpu kepada golongan berpendapatan rendah dan sederhana. Tambahan pula, Parkson, penyewa utama pusat beli-belah ini, telah menutup cawangannya di situ. Ia mempunyai enam tingkat secara keseluruhan, termasuk satu aras sub-basemen.