Prana

Prana
AsalKuala Lumpur , Malaysia
GenreRock, funky rapcore, reggae
Tahun aktif1999
Kegiatan berkaitanSyarul (Love Me Butch), Duan (Seven Collar T-Shirt), Spiderman, Poster
Pautan berkaitan
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Prana merupakan sebuah kumpulan muzik rock rege Malaysia yang ditubuhkan pada 1999. Ahli asal kumpulan ini terdiri daripada Eric Ruffin (vokal), Jamir Adiong (gitar dan vokal), Pablo Torrejon (bes), Jeffrey Little (dram) dan Jeremy Little (turntable). Sebelum keluaran album pertama, Prana mula diperkenalkan kepada umum dalam industri muzik Malaysia menerusi lagu "Copore" yang dimuatkan dalam album kompilasi Family Day pada 2000. Album pertama kumpulan ini, Have A Nice Jay Walk (2001), melayakkan Prana menerima pencalonan Artis Inggeris Tempatan Baru Terbaik di Anugerah Industri Muzik ke-9.