Love Me Butch

Love Me Butch
AsalMalaysia
GenrePost-hardcore, rock alternatif
Tahun aktif1997
Kegiatan berkaitanChicosci
Pautan berkaitan
Tapak sesawanglovemebutch.com
Pautan lain
sunting ยท sunting di Wikidata

Love Me Butch ialah sebuah kumpulan rock Malaysia yang membawa lagu-lagu bergenre post-hardcore. Kumpulan ini ditubuhkan pada 1997, dianggotai oleh Syarul Reza (vokal), Wing Meng (gitar), Kevin Kong (bes) dan Jana Nair (dram). Kumpulan ini menyampaikan lagu-lagu berbahasa Inggeris dan telah meneerbitkan tiga album studio.

Kumpulan ini turut mengambil bahagian dalam Rockaway 2012 yang dianjurkan oleh Livescape Asia. Bergandingan dengan kumpulan Hujan, Love Me Butch melangsungkan konsert jelajah mereka pada sekitar Mei-Jun 2013, yang digelar "Hujan X Love Me Butch Tour 2013".

Pada September 2015, Love Me Butch telah mengumumkan pengunduran Syarul Reza sebagai vokalisnya di laman Facebook mereka. Difahamkan yang Syarul meninggalkan kumpulan itu kerana mengikut keluarganya menetap di Melbourne, Australia. Mereka turut menyatakan akan terus aktif selepas ketiadaan Syarul dan akan tampil dengan vokalis baru.