Politeknik Sultan Idris Shah

Politeknik Sultan Idris Shah
MotoDesigning Your Future
Dirasmikan olehSultan Sharafuddin Idris Shah
Jenis sekolahPoliteknik
Pengarah terkiniLt. Kol. Bersekutu (PA) Ishanuddin bin Husin
Timbalan Pengarah (Akademik)Dr. Mazura binti Mansor
Timbalan Pengarah (Sokongan Akademik)Hj. Zulkifli bin Mat Nasir
LokasiSabak Bernam, Selangor
Laman webhttp://www.psis.edu.my

Politeknik Sultan Idris Shah (PSIS) merupakan politeknik ke-17 yang ditubuhkan dibawah Kementerian Pengajian Tinggi Malaysia (KPTM). Penubuhan PSIS ini selaras dengan dasar kerajaan untuk melahirkan lebih ramai pekerja separa profesional yang berkualiti bagi menampung keperluan sektor awam dan swasta. Pekerja-pekerja yang dilahirkan ini turut berperanan dalam merealisasikan misi dan visi negara menuju Wawasan 2020. Politeknik ini terletak di Sungai Air Tawar, Sabak Bernam, Selangor.