Pokok Bayas

Bayas
Pengelasan saintifik
Alam:
Divisi:
Kelas:
Order:
Keluarga:
Genus:
Oncosperma

Blume
Spesies:
O. horridum
Nama binomial
Oncosperma horridum

Pokok Bayas ialah satu spesies tumbuhan dalam famili Arecaceae yang berasal dari Semenanjung Malaysia. Nama botaninya Oncosperma horridum.

Batang pokok bayas adalah keras dan tahan air garam, serangga penggorek, dan anai-anai. Oleh itu, kayu pokok ini telah digunakan untuk membina kelong-kelong. Batang pokok ini juga digunakan untuk lantai, ketika dipotong menjadi kepingan, sedangkan keping-keping yang lebih kecil digunakan sebagai kasau dan dinding.

Umbutnya yang dikeluarkan dari dalam batang, dicencang halus, dibasuh bersih lalu dimakan mentah dan segar. Ia juga sedap jika dibuat kerabu. Rasanya manis dan rangup.