Anai-anai
| Anai-anai Julat zaman: Trias Akhir - Kini
| |
|---|---|
| Anai-anai Coptotermes formosanus askar (kepala merah) dan pekerja (kepala pucat). | |
| Pengelasan saintifik | |
| Alam: | |
| Filum: | |
| Kelas: | |
| Subkelas: | |
| Infrakelas: | |
| Superorder: | Dictyoptera
|
| Order: | Isoptera
|
| Famili | |
|
Mastotermitidae | |
Anai-anai atau Kelekatu (jika bersayap) ialah serangga sosial yang termasuk dalam order Isoptera. Anai-anai biasanya membuat sarang dalam tanah atau kayu. Anai-anai selalunya merosakkan kayu yang merupakan makanan utamanya. Namun, terdapat banyak spesies anai-anai yang berfaedah dalam ekosistem hutan yang berperanan sebagai penghurai kayu dan daun-daun di permukaan tanah kawasan hutan. Kira-kira 10 peratus daripada anggaran 4,000 spesies (kira-kira 2,600 telah dikenalpasti) merupakan serangga perosak.
Di Malaysia, ada tiga famili anai-anai yang biasa ditemui di negara ini iaitu Kalotermitidae, Rhinotermitidae dan Termitidae. Hanya famili Rhinotermitidae yang menjejaskan ekonomi negara dengan merosakkan tanaman kelapa sawit, bangunan dan sebagainya. Anai-anai jenis perosak ini dapat dibezakan dengan yang lain melalui cecair yang dikeluarkan semasa ia menggigit.