Pokémon

Pokémon (ポケモン sebutannya "Po-Ké-Mo-N"), selalunya disalah sebut sebagai "Pokimon", merupakan suatu produk yang berjaya menghasilkan keuntungan berbilion-bilion ringgit. Pokémon dicipta oleh Satoshi Tajiri pada tahun 1996 (27 Februari 2006 merupakan sambutan ulang tahun Pokémon yang ke-10) dan dikawal sepenuhnya oleh syarikat permainan video gergasi iaitu Nintendo. Game Pokémon yang asal (untuk Game Boy, komputer dan permainan video) telah diteruskan ke dalam bentuk:-

  • anime
  • manga
  • Trading Card Game
  • permainan, buku dan pelbagai media yang lain.

Pokémon merupakan singkatan kepada nama jepunnya yang asal iaitu (ポケットモンスター sebutannya "Po-Ket-To-Mo-N-Su-Taa") atau Pocket Monster. Dalam versi bahasa Inggeris, motto “Gotta catch ’em all!” adalah lebih dikenali ramai walaupun sekarang tidak berapa digunakan lagi (kecuali oleh syarikat permainan Hasbro dan juga sambungan kepada siri Pokémon Chronicles).