Pokémon: Saya Pilih Kamu!
| Filem Pokémon: Saya Pilih Kamu! | |
|---|---|
| Jepun | 劇場版ポケットモンスター キミにきめた! |
| Hepburn | Gekijō-ban Poketto Monsutā Kimi ni kimeta! |
| Secara harfiahnya | Pocket Monsters the Movie: I Choose You! |
| Pengarah | Kunihiko Yuyama |
| Lakon layar | Shōji Yonemura |
| Berdasarkan | Pokémon oleh Satoshi Tajiri |
| Dihasilkan oleh | Satoshi Shimohira Susumu Matsuyama Atsushi Chiku Hidenaga Katakami |
| Dibintangi | lihat bawah |
| Dikisahkan oleh | Unshō Ishizuka |
| Sinematografi | Aya Aoshima |
| Disunting oleh | Toshio Henmi |
| Muzik oleh | Shinji Miyazaki |
Syarikat penerbitan | |
| Diedarkan oleh | Toho |
Tarikh tayangan |
|
Masa tayangan | 97 minit |
| Negara | Jepun |
| Bahasa | Bahasa Jepun |
| Pecah panggung | ¥3.31 bilion (Jepun) US$37.6 juta (satu dunia) |
Filem Pokémon: Saya Pilih Kamu! ialah sebuah filem pengembaraan animasi Jepun 2017 berdasarkan francais media Pokémon oleh Satoshi Tajiri dan dihasilkan oleh OLM. Ia adalah filem kedua belas dalam dunia Pokémon dan filem pertama dalam siri Garis Masa Berlainan. Diadaptasi secara longgar dari episod percubaan anime dengan nama sama, ia diarahkan oleh Kunihiko Yuyama dan ditulis oleh Shoji Yonemura. Filem ini membintangi suara Rica Matsumoto, Ikue Ōtani, Unshō Ishizuka, Megumi Hayashibara, Shin-ichiro Miki, Inuko Inuyama, Kanata Hongō, Shiori Sato, dan Ryōta Ōsaka. Ditetapkan pada garis masa berlainan, filem ini mengikut pengembaraan Pelatih Pokémon Ash Ketchum dan kawannya, Pikachu, Verity, dan Sorrel, apabila mereka berusaha untuk bertemu Pokémon Lagenda Ho-Oh di puncak Gunung Tensei.
I Choose You! disiarkan di Expo Jepun di Perancis pada 6 Julai 2017 dan kemudian dikeluarkan di Jepun pada 15 Julai. Di Malaysia, filem ini dikeluarkan pada 7 Disember 2017. Pengeluaran ini bertepatan dengan ulang tahun ke-20 siri anime ini. Filem ini memperoleh $37.6 juta di seluruh dunia dan ¥3.31 juta di Jepun dan mendapat ulasan yang pelbagai dari pengkritik.