Plat Scotia
| Plat Scotia | |
|---|---|
| Jenis | Minor |
| Perkiraan luas wilayah | 1,651,000 km2 (637,000 bt2) |
| Pergerakan1 | Barat |
| Kecepatan1 | 25mm/tahun |
| Wilayah | Laluan Drake, Laut Scotia, dan Georgia Selatan |
| 1Relatif dengan Plat Afrika | |
Plat Scotia (Sepanyol: Placa Scotia) ialah plat tektonik minor di hujuung lautan Atlantik Selatan dan Selatan. Dianggap terbentuk semasa lewat Eosen dengan pembukaan Laluan Drake yang memisahkan Antartika dan Amerika Selatan, ia ialah plat minor yang pergerakannya sebahagian besar dikawal oleh dua plat utama yang mengelilinginya: plat Antartika dan plat Amerika Selatan. Plat Scotia mendapat namanya daripada kapal pesiar stim Scotia daripada Jelajah Antartika Kebangsaan Scotland (1902–04), jelajah yang membuat kajian batimetri pertama di rantau.