Piza

Piza
Piza yang baru dimasak
JenisMakanan mudah, finished good, snek, baked good, Pizzas, casseroles 
Jenis sajianMakan tengahari atau malam
Tempat asal Itali
Suhu penghidanganPanas atau suam
Bahan utamaDoh, sos (biasanya sos tomato), keju
Bahan yang biasa digunakanDoh, tomato sauce, keju 
sunting · sunting di Wikidata

Piza (Jawi: ڤيزا, Itali: pizza dari akar Jerman Hulu bizzo "gigitan") merupakan makanan segera yang sangat popular pada masa kini. Piza bukan sahaja sangat popular di Amerika Syarikat dan Itali tetapi makanan ini sudah mula terkenal di negara Malaysia. Malah, banyak restoran piza yang tumbuh di negara Malaysia seperti Pizza Hut, Shakey`s Pizza, Domino's Pizza, dan lain-lain lagi.

Piza biasanya berasaskan doh disapu tomato, keju, dan sering pelbagai bahan-bahan lain (seperti ikan bilis, cendawan, bawang, zaitun, nanas, daging, dan lain-lain), yang kemudian dipanggang pada suhu tinggi, secara tradisional di dalam ketuhar dengan api kayu.

Di Itali, piza yang disajikan dalam suasana formal, seperti di restoran, disajikan tanpa roti, dan dimakan dengan menggunakan pisau dan garpu. Namun, dalam suasana santai, dipotong menjadi pisau untuk dimakan sambil dipegang di tangan.