Pitch Perfect 2

Pitch Perfect 2
Poster keluaran tayangan.
PengarahElizabeth Banks
PenulisKay Cannon
Berdasarkan
  • Watak oleh
    Kay Cannon
  • Pitch Perfect: The Quest for Collegiate A Cappella Glory oleh
    Mickey Rapkin
Dihasilkan oleh
  • Paul Brooks
  • Max Handelman
  • Elizabeth Banks
Dibintangi
SinematografiJim Denault
Disunting olehCraig Alpert
Muzik oleh
  • Mark Mothersbaugh
Syarikat
penerbitan
Gold Circle Films
Diedarkan olehUniversal Pictures
Tarikh tayangan
  • 20 April 2015
    (Las Vegas)
  • 15 Mei 2015 
    (Amerika Syarikat)
Masa tayangan
115 minit
NegaraAmerika Syarikat
BahasaInggeris
Bajet$29 juta
Pecah panggung$287.1 juta

Pitch Perfect 2 ialah sebuah filem muzikal komedi Amerika Syarikat 2015 diterbitkan dan diarahkan oleh Elizabeth Banks dengan skrip ditulis oleh Kay Cannon. Ia merupakan kesinambungan kepada filem 2012, Pitch Perfect dan yang kedua dalam siri filem ini. Filem ini menumpukan perhatian kepada Universiti Barden dan The Bellas, sebuah kumpulan vokal a cappella. Ia menampilkan pelbagai barisan pelakon, termasuk Anna Kendrick, Rebel Wilson, Hailee Steinfeld, Brittany Snow, Alexis Knapp, Hana Mae Lee, Ester Dean, Chrissie Fit, Kelley Jakle dan Shelley Regner sebagai The Bellas. Ia ditayangkan pada 15 Mei 2015 oleh Universal Pictures.

Filem ini meraih kutipan sebanyak $287 juta dan mengatasi jumlah kutipan filem asal ($115.4 juta) dalam tempoh lima hari, dan juga menjadi filem komedi muzik dengan kutipan paling tinggi sepanjang zaman, mengatasi School of Rock ($131.3 juta). Kesinambungan filem ketiga dan terakhirnya, Pitch Perfect 3, ditayangkan pada 22 Disember 2017.