Anna Camp
Anna Camp | |
|---|---|
Camp di San Diego Comic-Con International 2014 | |
| Kelahiran | Anna Ragsdale Camp 27 September 1982 |
| Pendidikan | Sekolah Kesenian Universiti Carolina Utara |
| Pekerjaan | Pelakon, penyanyi |
| Tahun aktif | 2007–kini |
| Terkenal kerana | Pitch Perfect |
| Pasangan | Michael Mosley (2010–2013; bercerai) Skylar Astin (2016–2019; bercerai) |
Anna Ragsdale Camp (lahir 27 September 1982) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Amerika Syarikat. Beliau terkenal menerusi peranannya sebagai Sarah Newlin dalam True Blood, dan peranan semula dalam Mad Men, The Good Wife, dan The Mindy Project. Beliau juga terkenal dengan peranannya sebagai Aubrey Posen dalam filem Pitch Perfect 1 (2012), Pitch Perfect 2 (2015), dan Pitch Perfect 3 (2017) yang akan datang. Beliau membuat kemunculan Broadway pertamanya menerusi penerbitan 2008 A Country House dan memegang watak Jill Mason dalam penerbitan semula Broadway 2008 Equus. Pada 2012, beliau dicalonkan di Drama Desk Award untuk persembahannya dalam pementsan Off-Broadway All New People. Camp memainkan watak Jane Hollander, seorang penyelidik untuk majalah rekaan News of the Week di dalam siri Amazon Good Girls Revolt. Beliau juga mempunyai peranan dalam filem The Help (2011).