Pilihan raya umum India 2009

Pilihan raya umum India 2009

16 April, 22/23 April, 30 April, 7 Mei dan 13 Mei 2009

Kesemua 543 kerusi di Lok Sabha
  Parti pertama Parti kedua
 
Pemimpin Manmohan Singh Lal Krishna Advani
Parti UPA NDA
Kerusi pemimpin Assam
(Rajya Sabha)
Gandhinagar
Pilihan raya
lepas
218 seats, 35.4% 181 seats, 33.3%

PM sebelum pilihan raya

Manmohan Singh
UPA

Bakal PM

Manmohan Singh
UPA

Paparan amaran: Page using Template:Infobox election with unknown parameter "Change1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox election with unknown parameter "Result1"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox election with unknown parameter "Change2"
Paparan amaran: Page using Template:Infobox election with unknown parameter "Result2"

Artikel ini adalah sebahagian daripada siri:
Politik dan Kerajaan India


 ยท  Portal Politik
Portal Kerajaan India


Negara India mengadakan pilihan raya umum demokratik terbesar di dunia, untuk mengisi kerusi-kerusi Dewan Rakyat ke-15 melalui lima saringan pada 16 April, 22/23 April, 30 April, 7 Mei dan 13 Mei 2009. Keputusan pilihan raya diumumkan pada 16 Mei 2009.

Mengikut peruntukan Perlembagaan India, pilihan raya Lok Sabha (dewan rakyat) mesti diadakan sekurang-kurangnya sekali dalam lima tahun dalam keadaan normal. Oleh sebab pilihan raya lalu diadakan pada tahun 2004, maka penggal Lok Sabha ke-14 berakhir pada 1 Jun 2009.

Pilihan raya ini dikendali oleh Suruhanjaya Pilihan Raya India, yang menganggarkan seramai 714 juta orang pengundi, iaitu 43 juta lebih berbanding pilihan raya yang lalu. Dalam pembentangan belanjawan pada bulan Februari 2009, Rs.11,200 juta (kira-kira RM 837 juta) diperuntukkan untuk perbelanjaan pilihan raya.

Tiga negeri di India, iaitu Andhra Pradesh, Orissa dan Sikkim, juga mengadakan pilihan raya untuk dewan undangan negeri masing-masing.

Pada 16 Mei 2009, setelah perkembangan awal yang memihak kepada gabungan Kongres Kebangsaan India dan Perikatan Progresif Bersatu yang menawan lebih 250 kerusi, Parti Bharatiya Janata mengaku kalah serta menerima kenyataan bahawa mereka sudah tidak mampu menjadi parti atau perikatan terbesar.

Setelah menggemparkan pilihan raya di negeri-negeri Uttar Pradesh, Benggala Barat, Kerala, Tamil Nadu dan Rajasthan, maka Perikatan Progresif Bersatu dikurniakan mandat, sementara Kongres Kebangsaan India bersedia membentuk kerajaan baru pimpinan penyandang jawatan perdana menteri Manmohan Singh, iaitu Perdana Menteri India pertama yang dilantik semula setelah memenuhi penggal lima tahunnya selepas Jawaharlal Nehru.

Keputusan tersebut bukan sahaja menyaksikan kekalahan Perikatan Demokratik Kebangsaan pimpinan Parti Bharatiya Janata, malah juga menjadikan prestasi paling teruk bagi pihak Barisan Kiri yang hendak membentuk kerajaan bukan Kongres dan bukan BJP, iaitu "Barisan Ketiga". Akibat kekalahan parti AIADMK di luar jangkaan di Tamil Nadu, dan TDP dan sekutu-sekutunya di Andhra Pradesh, di samping sapuan besar oleh Kongres di Kerala serta kejayaan besar bagi pihak Kongres dan sekutunya Trinamool Congress di Benggala Barat, Barisan Ketiga serta Barisan Kiri nyata tidak menyengat dalam pilihan raya kali ini.