Pilihan raya negeri Sabah 2013
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Semua 60 kerusi Dewan Undangan Negeri Sabah 31 kerusi diperlukan untuk majoriti | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|---|
| Pengundi hadir | 784,638 (79.87%) | |||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Kawasan Parlimen dan DUN Sabah | ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
| ||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||||
Pilihan raya negeri Sabah 2013 ialah pilihan raya ke-14 yang berlangsung di Sabah, Malaysia. Ia diadakan pada 5 Mei 2013 serentak dengan pilihan raya umum Malaysia 2013. Sebanyak 60 kerusi di Dewan Undangan Negeri (DUN) dipertandingkan. DUN dibubarkan pada 3 April 2013 selepas Ketua Menteri Musa Aman mendapat persetujuan Yang Dipertua Negeri.
Pada pilihan raya 2008, Barisan Nasional (BN) memenangi 59 daripada 60 DUN, manakala Parti Tindakan Demokratik (DAP) menang 1 kerusi. Setelah pilihan raya 2008 berlangsung, Parti Progresif Sabah (SAPP) mengumumkan keluar daripada gabungan BN dengan 2 ahlinya secara automatik keluar dari BN. Ini menjadikan BN mempunyai 57 orang wakil, SAPP 2 orang, dan DAP seorang.
Dalam pilihan raya 2013 ini pula, BN menang 48 kerusi, gabungan tidak rasmi DAP bersama-sama Parti Keadilan Rakyat (PKR) dan Parti Islam Se-Malaysia (PAS) dengan nama Pakatan Rakyat menang 11 kerusi,dan Parti Reformasi Negeri menang 1 kerusi.