Piku

Piku
PengarahShoojit Sircar
PenulisJuhi Chaturvedi
Lakon layarJuhi Chaturvedi
Dihasilkan olehN.P. Singh
Ronnie Lahiri
Sneha Rajani
DibintangiAmitabh Bachchan
Deepika Padukone
Irrfan Khan
SinematografiKamaljeet Negi
Disunting olehChandrashekhar Prajapati
Muzik olehAnupam Roy
Syarikat
penerbitan
MSM Motion Pictures
Saraswati Entertainment Creations Limited
Rising Sun Films
Diedarkan olehYash Raj Films
Tarikh tayangan
  • 08 Mei 2015 (2015-05-08)
Masa tayangan
122 minit
NegaraIndia
BahasaHindi
Bengali
BajetTemplat:Indian rupee42 crore (AS$6.2 juta)
Pecah panggungTemplat:Indian rupee141 crore (AS$21 juta)

Piku ialah sebuah filem komedi-drama India 2015 arahan Shoojit Sircar dan diterbitkan oleh N.P. Singh, Ronnie Lahiri dan Sneha Rajani. Filem ini dibintangi oleh Deepika Padukone sebagai protagonis utama, Amitabh Bachchan dan Irrfan Khan, dengan Moushumi Chatterjee dan Jishu Sengupta melakonkan watak pembantu.

Skripnya ditulis oleh Juhi Chaturvedi. Penggambaran bermula pada Ogos 2014. Anupam Roy menggubah runut bunyi dan skornya, dan menulis liriknya.

Piku dikeluarkan pada 8 Mei 2015. Filem ini menerima sambutan baik semasa dikeluarkan. Pengkritik memuji latar, penampilan, humor, dan kesederhanaan secara keseluruhannya. Filem ini juga meraih kejayaan di seluruh dunia. Dibuat dengan biaya sejumlah Templat:Indian rupee420 juta (AS$6.2 juta), Piku meraih Templat:Indian rupee1.41 bilion (AS$21 juta) di seluruh dunia.

Pada 11 Januari 2016, filem ini dicalonkan untuk Filem Terbaik di Anugerah Filmfare ke-61, serta kategori lainnya, Protagonis utama filem ini Deepika Padukone memenangi Anugerah Filmfare Keduanya untuk Pelakon Wanita Terbaik. Amitabh Bachchan meraih Anugerah Filem Kebangsaan untuk Pelakon Lelaki Terbaik keempatnya di Anugerah Filem Kebangsaan ke-63 untuk penampilannya.