Piala Thomas & Uber 2006
Kejohanan Piala Thomas & Uber 2006 (Tulisan Jawi: ڤيالا تومس دان اوبر 2006 ) ialah kejohanan edisi ke-24 Piala Thomas (untuk lelaki) dan edisi ke-21 Piala Uber (untuk wanita). Ia diadakan dari 28 April sehingga 7 Mei 2006 di dua bandaraya terbesar di Jepun. Di Sendai dari 28 April - 1 Mei dan di Tokyo dari 3 Mei - 7 Mei 2006.
24 pasukan dari 5 benua dan 16 negara mengambil bahagian. Setiap pertandingan terdiri daripada 12 pasukan dalam kejohanan badminton terbesar berkumpulan di dunia.
China muncul juara bagi kedua-dua piala yang dipertandingkan dengan pasukan lelaki menjulang Piala Thomas selepas menumpaskan Denmark 3-0 manakala pasukan wanita menjulang Piala Uber selepas mengatasi Belanda juga dengan mata 3-0.