Piala Sumbangsih 2017

Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017
Kedah menang 5–4 menerusi Penalti
Tarikh20 Januari 2017 (2017-01-20)
(21 Rabiulakhir 1438H)
TempatStadium Larkin, Johor Bahru, Johor
Permain terbaik Baddrol Bakhtiar
PengadilSuhaimi Mat Hassan
Kehadiran24,157
CuacaBaik
2016
2018

Piala Sumbangsih 2017 atau dikenali sebagai Piala Sultan Haji Ahmad Shah 2017 merupakan kejohanan Piala Sumbangsih yang ke-32, sebuah kejohanan perlawanan bola sepak Malaysia antara juara Liga Super Malaysia dan Piala Malaysia. Perlawanan tersebut antara pasukan Kedah selaku juara Piala Malaysia 2016, menentang pasukan Johor Darul Ta'zim FC, juara Liga Super Malaysia 2016.