Piala Sultan Azlan Shah
| Musim ini, persaingan atau edisi: Hoki Piala Sultan Azlan Shah 2022 | |
| Sukan | Hoki |
|---|---|
| Ditubuhkan | 1983 |
| Bil. pasukan | 7 |
| Benua | Antarabangsa (FIH) |
| Juara lalu | Malaysia (gelaran pertama) |
| Juara terbanyak | Australia (9 gelaran) |
| Laman web rasmi | Laman Rasmi |
Kejohanan Piala Sultan Azlan Shah merupakan kejohanan hoki jemputan yang dianjurkan oleh Persekutuan Hoki Malaysia dan bertempat di Stadium Hoki Ipoh. Kejohanan ini juga mendapat pengiktirafan daripada FIH. Ia bermula sejak 1983 sebagai kejohanan dwi-tahunan. Namun bermula 1998, kejohanan ini telah menjadi acara tahunan bagi skuad hoki yang terlibat. Kejohanan ini dinamakan Sultan Azlan Shah berikutan baginda merupakan peminat setia sukan hoki.