Piala Negara-Negara OFC 2016
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | 31 Ogos 2015 – 15 November 2016 |
| Pasukan | 8 (pusingan akhir) 11 (jumlah) (dari 1 konfederasi) |
| Tempat | 1 (di 1 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | New Zealand (Kejuaraan Ke-5) |
| Naib Juara | Papua New Guinea |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 15 |
| Jaringan gol | 48 (3.2 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Raymond Gunemba (5 gol) |
| Pemain terbaik | David Muta |
| Penjaga gol terbaik | Stefan Marinovic |
| Anugerah Permainan Bersih | New Caledonia |
← 2012 2018 → | |
Piala Negara-Negara OFC 2016 akan menjadi edisi kesepuluh daripada Piala Negara-Negara OFC yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Oceania (OFC). Kejohanan ini juga akan bertindak sebagai kejohanan kelayakan Piala Dunia FIFA 2018 untuk rantau Oceania, dengan pemenang meneruskan perjalanan ke pusingan Kalah-mati antara konfederasi pada November 2017. Di samping itu, pemenang pertandingan ini akan layak untuk Piala Konfederasi FIFA 2017 di Rusia.
Seperti edisi 1998 dan 2008, kejohanan itu akan tidak mempunyai tuan rumah tunggal. Juara bertahan adalah Tahiti, yang memenangi gelaran pertama mereka di Piala Negara-Negara OFC 2012.