Piala Emas CONCACAF 1998
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Negara tuan rumah | Amerika Syarikat |
| Tarikh | 1 Februari – 15 Februari |
| Pasukan | 10 (dari 2 konfederasi) |
| Tempat | 3 (di 3 bandar) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | Mexico (Kejuaraan Ke-3) |
| Naib Juara | Amerika Syarikat |
| Tempat Ketiga | Brazil |
| Tempat Keempat | Jamaica |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 16 |
| Jaringan gol | 44 (2.75 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Paulo Wanchope Luis Hernández |
| Pemain terbaik | Kasey Keller |
← 1996 2000 → | |
Piala Emas CONCACAF 1998 merupakan edisi keempat kejohanan bola sepak yang telah dianjurkan oleh CONCACAF bermula pada 1 Februari 1998 sehingga 15 Februari 1998 bertempat di Amerika Syarikat.
Kejohanan kali ini juga menyaksikan format pertandingan diubah buat kali kedua di mana pasukan yang bertanding meningkat dari 9 pasukan pada tahun 1996 ke 10 buah pasukan. Empat pasukan akan diletakkan dalam kumpulan A dan tiga pasukan di dalam kumpulan B dan C. Juara setiap kumpulan serta naib juara dari kumpulan A akan mara ke pusingan kalah mati. Pasukan Brazil diundang sekali lagi untuk menyertai kejohanan ini, dimana pada kali ini mereka menghantar pasukan senior.