Piala Emas CONCACAF 1996

Piala Emas CONCACAF 1996
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Amerika Syarikat
Tarikh10 Januari 1996 - 21 Januari 1996
Pasukan(dari 2 konfederasi)
Tempat(di 3 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Mexico (Kejuaraan Ke-2)
Naib Juara Brazil
Tempat Ketiga Amerika Syarikat
Tempat Keempat Guatemala
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan13
Jaringan gol42 (3.23 per perlawanan)
Kehadiran487,439 (37,495 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Eric Wynalda (4 gol)
1993
1998

Piala Emas CONCACAF 1996 merupakan edisi keempat kejohanan Piala Emas CONCACAF, yang telah dianjurkan oleh persekutuan bola sepak CONCACAF yang telah diadakan bermula pada 10 Januari 1996 hingga 21 Januari 1996 bertempat di Amerika Syarikat.

Dalam kejohanan kali ini, format pertandingan telah berubah di mana 9 pasukan akan bertanding dan dipecahkan kepada 3 kumpulan yang setiap satunya mengandungi 3 buah pasukan. Juara setiap kumpulan serta pasukan di tempat kedua terbaik di antara 3 buah kumpulan akan mara ke pusingan kalah mati. Kejohanan ini merupakan pertama kali disertai oleh pasukan di luar naungan CONCACAF iaitu pasukan Brazil yang menghantar pasukan bawah 23 tahun.