Piala Asia Timur EAFF 2022

Piala Asia Timur EAFF 2022
EAFF E-1 サッカー選手権 2022
2022 EAFF E-1 Football Championship
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Jepun
Tarikh19–27 Julai
Pasukan(dari 1 sub-konfederasi)
Tempat(di 2 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Jepun (Kejuaraan Ke-2)
Naib Juara Korea Selatan
Tempat Ketiga China
Tempat Keempat Hong Kong
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan6
Jaringan gol16 (2.67 per perlawanan)
Kehadiran38,378 (6,396 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Shuto Machino
Yuki Soma
(3 gol masing-masing)
Pemain terbaik Yuki Soma
Penjaga gol terbaik Kim Dong-jun
2019
2024

Piala Asia Timur EAFF 2022 juga dikenali sebagai Kejohanan Bola Sepak E-1 EAFF 2022 ialah edisi ke-9 kejohanan rantau ini, sebuah kejohanan bola sepak daripada Asia Timur yang dianjurkan oleh EAFF. Pusingan akhir pada asalnya dijadualkan diadakan di China. Walau bagaimanapun, pada 19 April 2022, diumumkan bahawa Jepun akan menjadi tuan rumah pusingan akhir. Ia adalah kali keempat negara ini menganjurkan kejohanan itu.

Dalam edisi ini, pusingan awal tidak dijalankan. Korea Utara menarik diri daripada pertandingan dan baki slot pasukan yang mengambil bahagian untuk pusingan akhir ditentukan berdasarkan kedudukan FIFA pada 31 Mac 2022.