Kedudukan Dunia FIFA

Kedudukan Dunia FIFA setakat 3 April 2025.
Kedudukan 20 Teratas setakat 3 April 2025
Ked Perubahan Pasukan Mata
1  Argentina 1886.16
2 1  Sepanyol 1854.64
3 1  Perancis 1852.71
4  England 1819.2
5  Brazil 1776.03
6 1  Belanda 1752.44
7 1  Portugal 1750.08
8  Belgium 1735.75
9  Itali 1718.31
10  Jerman 1716.98
11 2  Croatia 1698.66
12 2  Maghribi 1694.24
13 2  Uruguay 1679.49
14 2  Colombia 1679.04
15  Jepun 1652.64
16  Amerika Syarikat 1648.81
17 2  Mexico 1646.94
18  Iran 1637.39
19 2  Senegal 1630.32
20  Switzerland 1624.75
*Perubahan dari 19 Disember 2024
Complete rankings at FIFA.com

Kedudukan Dunia FIFA (bahasa Inggeris: FIFA World Rankings) adalah sebuah sistem kedudukan bagi pasukan kebangsaan lelaki di dalam bola sepak, yang pada masa ini diketuai oleh Belgium. Pasukan-pasukan negara ahli FIFA (Fédération Internationale de Football Association), badan pentadbir bola sepak dunia, ditempatkan dalam kedudukan berdasarkan kepada keputusan perlawanan mereka yang menunjukkan hasil pasukan yang paling berjaya diletakkan paling tinggi. Kedudukan ini telah diperkenalkan pada bulan Disember 1992, dan lapan pasukan (Argentina, Belgium, Brazil, Perancis, Jerman, Itali, Belanda dan Sepanyol) pernah memegang kedudukan teratas, dimana pasukan Brazil memegang kedudukan pertama paling lama.