Piala AFF 2020

Piala AFF 2020
Piala Suzuki AFF 2020
Perincian kejohanan
Negara tuan rumah Singapura
Tarikh5 Disember 2021 – 1 Januari 2022
Pasukan10 (dari 1 sub-konfederasi)
Tempat(di 1 bandar)
Kedudukan Akhir
Juara Thailand (Kejuaraan Ke-6)
Naib Juara Indonesia
Separuh Akhir Vietnam
 Singapura
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan26
Jaringan gol88 (3.38 per perlawanan)
Kehadiran103,422 (3,978 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Safawi Rasid
Chanathip Songkrasin
Teerasil Dangda
Bienvenido Marañón (Masing-masing 4 gol)
Pemain terbaik Chanathip Songkrasin
Anugerah Permainan Bersih Indonesia
2018
2022

Piala AFF 2020 merupakan edisi ketiga belas Kejohanan Bola Sepak ASEAN, sebuah kejohanan bola sepak negara-negara yang bersekutu dengan Persekutuan Bola Sepak ASEAN (AFF), dan ketujuh di bawah nama Piala Suzuki AFF (atas sebab penajaan).

Kejohanan akhir pada asalnya dijadualkan berlangsung dari 23 November hingga 31 Disember 2020. Bagaimanapun kejohanan ditangguhkan dan sekurang-kurangnya dua kali dijadualkan semula kerana pandemik COVID-19; kejohanan ini dijadualkan semula untuk dijalankan pada 11 April hingga 8 Mei 2021 dan jadual kemudian diturunkan lagi hingga 5 Disember 2021 hingga 1 Januari 2022.

Vietnam merupakan juara bertahan, tetapi disingkirkan oleh Thailand di separuh akhir. Thailand menang kejohanan itu dengan kemenangan 6–2 dalam dua perlawanan timbal balik akhir menentang Indonesia untuk memastikan gelaran keenam mereka.