Piala AFC 2020
| Perincian kejohanan | |
|---|---|
| Tarikh | 4 Februari – 7 November 2020 |
| Pasukan | Maksimum 55 (dari Maksimum 34 persatuan) |
| Kedudukan Akhir | |
| Juara | tidak dianugerahkan |
| Statistik kejohanan | |
| Jumlah perlawanan | 32 |
| Jaringan gol | 91 (2.84 per perlawanan) |
| Kehadiran | 52,237 (1,632 per perlawanan) |
| Penjaring terbanyak | Bienvenido Marañón (5 gol) |
← 2019 2021 → | |
Piala AFC 2020 akan menjadi edisi ke-17 Piala AFC, kejohanan bola sepak kelab kedua berprestij di Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia.
Juara kejohanan ini akan layak secara automatik ke Liga Juara-Juara AFC 2021, melalui play-off kelayakan jika tidak layak berdasarkan prestasi liga domestik, pertama kali sejak tahun 2014 dimana juara bertahan Piala AFC dijamin layak secara automatik.
Kejohanan ini telah ditangguhkan kerana Pandemik COVID-19 selepas perlawanan peringkat kumpulan pada 11 Mac 2020, dan pada mulanya akan dimulakan semula pada 23 September 2020. Namun, musim ini akhirnya dibatalkan oleh AFC pada 10 September 2020.
Al-Ahed dari Lubnan adalah juara bertahan.