Liga Juara-Juara AFC 2021

Liga Juara-Juara AFC 2021
Perincian kejohanan
TarikhKelayakan:
7–10 April 2021 (B)
23 Jun 2021 (T)
Kejohanan sebenar:
14 April – 23 November 2021
PasukanKejohanan sebenar: 40
Jumlah (maksimum): 49 (dari 20 persatuan)
Kedudukan Akhir
Juara Al-Hilal (Kejuaraan Ke-4)
Naib Juara Pohang Steelers
Statistik kejohanan
Jumlah perlawanan135
Jaringan gol379 (2.81 per perlawanan)
Kehadiran145,716 (1,079 per perlawanan)
Penjaring terbanyak Michael Olunga
(9 gol)
2020
2022

Liga Juara-Juara AFC 2021 akan menjadi edisi ke-40 kejohanan bola sepak kelab utama Asia yang dianjurkan oleh Konfederasi Bola Sepak Asia (AFC), dan edisi ke-19 jika di bawah gelaran semasa Liga Juara-Juara AFC.

Kejohanan ini akan menjadi yang pertama melibatkan 40 pasukan di peringkat kumpulan, dengan peningkatan daripada 32 pasukan sebelumnya. Pemenang kejohanan secara automatik akan layak ke Liga Juara-Juara AFC 2022, memasuki play-off kelayakan, jika mereka tidak memenuhi syarat melalui prestasi domestik mereka. Pemenang Liga Juara-Juara AFC 2021 juga akan layak ke Piala Kelab Dunia FIFA 2021 di Jepun, dan sekiranya mereka berasal dari Jepun, naib juara juga akan layak.

Kelab Korea Selatan Ulsan Hyundai adalah juara bertahan, setelah memenangi perlawanan akhir 2020.