Phoenix Bangkit

Phoenix Bangkit
Kulit album, direkabentuk oleh Mohd Foad Hassan.
Album studio oleh
Dilancarkan pada12 Jun 2001
Dirakamkan pada1999–2001
StudioStudio Ronggeng
Genre
Panjang54:00
SyarikatWarner Music Malaysia
Penerbit
Kronologi M. Nasir
Srikandi Cintaku
(1999)
Phoenix Bangkit
(2001)
Sang Pencinta
(2006)
Single daripada Phoenix Bangkit
  1. "Raikan Cinta"
    Dikeluarkan: Mei 2001
  2. "Masirah"
    Dikeluarkan: September 2001
  3. "Phoenix Bangkit Dari Abu"
    Dikeluarkan: Disember 2001
sunting · sunting di Wikidata

Phoenix Bangkit merupakan album studio ketujuh oleh penyanyi dan penulis lagu Malaysia, M. Nasir, dikeluarkan pada 12 Jun 2001 oleh Warner Music Malaysia.

Dirakamkan dengan kerjasama akrab daripada Warner Music, album ini mempunyai pengaruh Arab dan mengangkat kisah unggas mitos Asia sebagai teras utama. Ini merupakan album pertama beliau bersama Warner Music selepas mengikat kontrak bersama label itu. Ia mendapat sambutan dan menjadi kejayaan komersial, telah terjual sebanyak 35,000 unit sekaligus menerima ulasan positif dan bercampur daripada pengkritik muzik. Antara lagu yang dikeluarkan sebagai single ialah "Raikan Cinta", "Phoenix Bangkit Dari Abu" dan "Masirah". Sebuah konsert khas juga telah diadakan bagi mempromosikan album ini. Pada tahun 2002, Phoenix Bangkit memenangi 4 daripada 8 pencalonan di Anugerah Industri Muzik ke-9.