Philip Khuri Hitti

Philip Khuri Hitti (Arab: فيليب خوري حتي), (Shimlan 22 Jun 1886 – Princeton 24 Disember 1978) merupakan seorang profesor dan cendekiawan Lubnan-Amerika Syarikat di Universiti Princeton dan Universiti Harvard dalam bidang sejarah Arab dan Timur Tengah serta pengajian Islam dan bahasa Semitik.

Dilahirkan di Lubnan Empayar Uthmaniyah dalam keluarga Kristian Maronite di Perkampungan Shemlan, 25 km tenggara Beirut.