Cabak biasa (burung)

Cabak biasa
Pengelasan saintifik
Domain: Eukaryota
Alam: Haiwan
Filum: Chordata
Kelas: Aves
Order: Caprimulgiformes
Keluarga: Caprimulgidae
Genus: Phalaenoptilus
Ridgway, 1880
Spesies:
P. nuttallii
Nama binomial
Phalaenoptilus nuttallii
(Audubon, 1844)
Sinonim

Caprimulgus nuttallii (protonym)

Cabak biasa (Phalaenoptilus nuttallii) ialah spesies burung tukang dalam keluarga Caprimulgidae. Ia ditemui dari Kolumbia Beritis dan tenggara Alberta, melalui barat Amerika Syarikat ke utara Meksiko. Habitatnya kawasan lapang kering dengan rumput atau pokok renek, dan juga cerun gurun berbatu dengan tumbuh-tumbuhan yang sangat sedikit.

Banyak burung utara berhijrah untuk bermusim sejuk dalam julat pembiakan di tengah dan barat Meksiko, walaupun ada yang kekal lebih jauh ke utara. Cabak biasa merupakan satu-satunya burung yang diketahui menjadi torpor untuk tempoh yang panjang (berminggu-minggu hingga berbulan-bulan). Hal tersebut berlaku di pinggir selatan julatnya di Amerika Syarikat, di mana ia menghabiskan sebahagian besar musim sejuk nirgiat, tersembunyi di dalam timbunan batu. Tempoh torpor yang dilanjutkan sedemikian hampir seperti keadaan hibernasi dan tidak diketahui dalam kalangan burung lain.