Pete Buttigieg

Pete Buttigieg
Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat
ke-19
Menyandang jawatan
3 Februari 2021
PresidenJoe Biden
TimbalanPolly Trottenberg
Didahului olehElaine Chao
Datuk Bandar South Bend ke-32
Dalam jawatan
1 Januari 2012 – 1 Januari 2020
Didahului olehSteve Luecke
Digantikan olehJames Mueller
Maklumat peribadi
Lahir
Peter Paul Montgomery Buttigieg

(1982-01-19) 19 Januari 1982
South Bend, Indiana, A.S.
Parti politikDemokrat
PasanganChasten Glezman (k. 2018)
Ibu bapa
  • Joseph Buttigieg
  • Jennifer Anne Montgomery
PendidikanUniversiti Harvard
Kolej Pembroke, Oxford
Tandatangan
Laman web
Perkhidmatan tentera
Kesetiaan Amerika Syarikat
Cabang/khidmat Tentera Laut Amerika Syarikat
Tahun khidmat2009–2017
Pangkat Leftenan
UnitRizab Tentera Laut Amerika Syarikat
Perang/PertempuranPerang di Afghanistan
Anugerah tenteraPingat Kepujian Perkhidmatan Bersama

Peter Paul Montgomery Buttigieg (/ˈbtəə/ BOOT-ə-jəj; lahir 19 Januari 1982) ialah seorang ahli politik Amerika Syarikat dan bekas pegawai Tentera Laut Amerika Syarikat yang berkhidmat semasa Perang di Afghanistan pada tahun 2014. Beliau merupakan Setiausaha Pengangkutan Amerika Syarikat ke-19 dan terkini sejak 2 Februari 2021. Beliau pernah menyandang jawatan Datuk Bandar South Bend, Indiana ke-32 dari tahun 2012 hingga 2020.

Pada April 2019, Buttigieg mencalonkan diri sebagai calon presiden pada pilihan raya 2020 bagi Demokrat tetapi menarik diri pada bulan Mac 2020.

Buttigieg ialah lulusan Kolej Harvard dan Universiti Oxford yang mengikuti pengajian di bawah program Beasiswa Rhodes. Beliau ialah perunding di firma perunding pengurusan McKinsey dari tahun 2007 hingga 2010. Dari tahun 2009 hingga 2017, beliau ialah seorang pegawai perisikan di Tentera Laut Amerika Syarikat yang berpangkat leftenan. Pada tahun 2014, beliau dimobilisasi dan dikerahkan ke Afghanistan selama tujuh bulan.

Sebelum mencalonkan diri, Buttigieg menguruskan kempen politik bagi ahli parti Demokrat yang lain seperti Jill Long Thompson, Joe Donnelly dan John Kerry. Buttigieg muncul sebagai gay pada tahun 2015. Beliau menjadi orang gay pertama melancarkan kempen presiden. Walaupun pada awalnya harapannya rendah, beliau mendapat momentum yang signifikan pada pertengahan 2019 ketika beliau menyertai dalam beberapa mesyuarat balai kota dan perbahasan. Buttigieg berjaya memenangi kaukus Iowa dan menduduki tempat kedua di New Hampshire. Dengan memenangi Iowa, beliau menjadi calon gay pertama yang memenangi pemilihan jawatan presiden atau kaukus. Buttigieg menarik diri pada 1 Mac 2020 dan menyokong Joe Biden pada hari berikutnya.